Notis Privasi
Kepada pelanggan-pelanggan yang dihormati dan pihak-pihak yang berkenaan,
Notis privasi ini dikeluarkan oleh Development Bank of Sarawak Berhad (1230511-W) (“DBOS”) berdasarkan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“ADPA”). Notis Privasi ini menggariskan cara-cara dimana DBOS mengumpul, mengguna, menyimpan dan mendedahkan data peribadi anda dalam operasi harian kami.
Anda mungkin dikehendaki untuk berkongsi data peribadi anda dengan DBOS dalam keadaan-keadaan berikut:
- apabila anda meminta maklumat, bertanya atau memohon atau melanggan produk dan/atau perkhidmatan kami;
- apabila anda mengemukakan jaminan dan/atau memberi sekuriti pihak ketiga untuk produk atau perkhidmatan yang DBOS tawarkan;
- apabila anda dijangka akan terlibat dalam satu transaksi dengan DBOS;
- apabila anda berkomunikasi atau berinteraksi dengan kami dalam apa-apa jua keadaan.
Data peribadi anda mungkin telah dikemukakan kepada DBOS oleh pihak-pihak ketiga (sebagai contoh, pasangan anda, syarikat di mana anda merupakan pengarahnya/ pegawai/ pemegang saham, atau syarikat perkongsian di mana anda merupakan rakan kongsi) untuk produk atau perkhidmatan yang diperlukan oleh pihak ketiga tersebut daripada DBOS.
Dalam konteks Notis Privasi ini, perkataan “anda” hendaklah termasuk diri anda sendiri serta individu-individu lain (termasuk tetapi tidak terhad kepada pengarah, pemegang saham, pengurus dan/ atau pegawai sesebuah syarikat; rakan kongsi, pengurus and/atau pegawai untuk syarikat perkongsian; ahli lembaga persatuan, kelab atau pertubuhan yang tidak diperbadankan) yang diwakili oleh anda, dimana anda telah/bakal mengemukakan data peribadi mereka kepada DBOS. Jika anda telah berkongsi data peribadi pihak ketiga kepada DBOS, anda adalah diingatkan untuk mendapat kebenaran daripada pihak ketiga tersebut mengenai pendedahan dan pemprosesan data peribadi mereka oleh DBOS dan anda hendaklah membawa perhatian pihak ketiga tersebut ke Notis Provasi ini.
Apakah jenis data peribadi yang kami kumpul?
Data peribadi merujuk kepada maklumat yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan seseorang individu, sama ada dapat dikenal pasti daripada maklumat tersebut atau daripada maklumat tersebut bersama dengan maklumat-maklumat lain dalam milikan DBOS. Data peribadi juga merangkumi mana-mana data peribadi yang sensitif (seperti maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kesihatan/ fizikal/ mental seseorang individu, kepercayaan agamanya, pendapat politiknya, kelakuan atau mana-mana dakwaan mengenai sesuatu kesalahan oleh seseorang individu tersebut dan lain-lain), mana-mana rakaman video yang dibuat melalui kamera litar tertutup atas sebab-sebab keselamatan di premis DBOS, mana-mana rakaman audio yang melibatkan seseorang individu tersebut dan juga mana-mana ungkapan pendapat mengenai seseorang individu tersebut.
Jenis-jenis data peribadi yang kami kumpul mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada, nama, alamat, kad pengenalan dan/atau nombor passport, butiran hubungan, umur, tempat lahir, gambar, kelayakan, pekerjaan, jawatan, taraf perkahwinan, maklumat kewangan (sebagai contoh penyata pendapatan, cukai pendapatan, kumpulan wang simpanan pekerja dan lain-lain yang berkenaan), penyata akaun bank, sejarah kredit dan sejarah urus niaga anda.
Data peribadi yang kami kumpul boleh dikategorikan kepada dua jenis, iaitu maklumat yang wajib diberi dan maklumat yang boleh diberi secara sukarela. Data peribadi yang wajib diberi merupakan data peribadi yang kami perlu supaya kami dapat menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda tidak berkongsi data peribadi tersebut dengan kami, kami tidak akan dapat menyediakan produk dan/ atau perkhidmatan kami kepada anda. Data peribadi yang boleh diberi secara sukarela merupakan data peribadi yang tidak wajib diberi bagi membolehkan kami menyediakan produk dan perkhidmatan kami kepada anda. Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai sama ada sesuatu data peribadi tersebut adalah wajib atau boleh diberi secara sukarela, anda boleh menyemak dengan pegawai DBOS yang berurusan secara langsung dengan anda.
Bagaimanakah kami mengumpul data peribadi anda?
Kami memperolehi data peribadi anda dalam pelbagai cara, seperti yang berikut:
- apabila anda melanggan atau menggunakan salah satu perkhidmatan yang kami sediakan;
- apabila anda menghubungi DBOS menerusi pelbagai kaedah seperti borang permohonan, e-mel, surat, panggilan telefon dan/atau perbualan anda dengan kakitangan kami. Kami mungkin memantau atau merekodkan panggilan telefon tersebut dengan kakitangan kami bagi tujuan keselamatan;
- daripada analisis yang kami lakukan terhadap urus niaga anda (sebagai contoh, melalui sejarah pembayaran anda, pinjaman atau baki deposit anda);
- apabila kami memperolehi mana-mana data dan maklumat daripada pihak ketiga (contohnya, agensi rujukan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, majikan anda, penjamin-penjamin anda, wakil-wakil pihak guaman, kumpulan syarikat anda, saudara mara anda (termasuk tetapi tidak terhad kepada pasangan anda, ibu-bapa, penjaga, tanggungan anda dan lain-lain) dan/atau syarikat/ syarikat perkongsian yang anda merupakan pengarah, pemegang saham atau ahli kongsi);
- apabila anda memeterai sebarang transaksi komersial dengan DBOS termasuk tetapi tidak terhad kepada penyediaan khidmat profesional anda kepada DBOS;
- daripada rakaman video yang dibuat melalui kamera litar tertutup dan/atau rakaman audio; dan/atau
- daripada sumber-sumber umum.
Apakah tujuan pemprosesan data peribadi anda?
Kami mungkin memproses data peribadi anda bagi tujuan-tujuan berikut:
- bagi penilaian permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami;
- bagi pengesahan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit;
- untuk mengurus dan menyelengara akaun dan kemudahan kredit anda;
- untuk menilai keperluan kewangan anda;
- untuk meneruskan perlaksanaan obligasi kontrak antara DBOS dan anda;
- untuk menjawab pertanyaan dan/atau aduan, serta menyelesaikan sebarang pertikaian yang melibatkan anda;
- untuk mencegah penipuan atau mengesan jenayah atau untuk tujuan penyiasatan;
- untuk fungsi dalaman DBOS seperti bagi tujuan laporan, audit, pematuhan dan pengurusan risiko;
- untuk tujuan penyelidikan pasaran, analisa dan permodelan statistik oleh DBOS;
- untuk memenuhi tanggungjawab DBOS dari segi undang-undang, statutori dan/atau pengawalseliaan;
- untuk tujuan pengutipan hutang oleh DBOS;
- atas sebab-sebab keselamatan, seperti pengumpulan data peribadi anda melalui kamera litar tertutup;
- untuk tujuan penambahbaikan pangkalan data pelanggan DBOS; dan/atau
- untuk tujuan-tujuan sampingan lain atau tujuan-tujuan lain yang berkaitan.
Dari semasa ke semasa, apabila kami berpendapat bahawa ia adalah sesuai dan wajar, kami mungkin akan berkongsi data peribadi anda dengan unit-unit dalaman DBOS yang lain.
Kepada siapakah kami mungkin mendedahkan data peribadi anda?
Untuk mencapai process dalaman yang lebih lancar dan bagi tujuan memberi perkhidmatan/ produk kami dengan lebih efektif secara berterusan, tertakluk senantiasa kepada undang-undang dan peraturan-peraturan, DBOS mungkin berkongsi data peribadi anda dengan:
- para pembekal perkhidmatan kepada DBOS, vendor-vendor, para pegawai lelong, para penilai, para akauntan, para auditor, para peguam, para penasihat kewangan, para penasihat cukai, rakan-rakan kongsi stategik, para agensi rujukan/pelaporan kredit, pejabat-pejabat tanah dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau mana-mana penasihat professional, yang terlibat dalam membantu DBOS untuk memproses, mentadbir, melengkapkan sesuatu transaksi atau menambah nilai kepada perkhidmatan/produk yang dipohon oleh anda;
- pihak yang diberi kebenaran atau dilantik oleh anda untuk memberi arahan kepada DBOS bagi pihak anda seperti agen, akauntan, auditor, peguam, penasihat kewangan, broker dan/atau pihak perantaraan anda;
- syarikat-syarikat/ institusi-institusi yang telah mengikat perjanjian kontrak dengan DBOS bagi fungsi-fungsi DBOS yang berkaitan dengan produk/ perkhidmatan yang anda pohon;
- semua entiti dalam kumpulan syarikat DBOS, termasuk syarikat induk dan syarikat induk muktamad/ utama, di mana syarikat-syarikat tersebut telah bersetuju untuk melindungi privasi maklumat tersebut;
- mana-mana pihak yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pemeliharaan hak-hak DBOS;
- agensi-agensi penguatkuasaan, kawal selia dan kerajaan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh undang-undang atau dibenarkan oleh mana-mana perintah mahkamah dan/atau tribunal;
- mana-mana pihak ketiga yang berkaitan dengan operasi urus niaga DBOS seperti syarikat insuran dan institusi perubatan.
Selain daripada yang tersebut diatas, DBOS tidak akan berkongsi data peribadi anda kecuali dimana:
- anda telah memberi kebenaran kepada DBOS untuk berbuat demikian; atau
- menurut undang-undang, DBOS dikehendaki atau dibenarkan untuk berbuat demikian.
Bagaimana kami melindungi data peribadi anda?
Keselamatan data peribadi anda merupakan keutamaan kami. DBOS mengambil semua langkah fizikal, teknikal dan keselamatan yang diperlukan oleh sesebuah organisasi bagi memastikan keselamatan dan kesulitan data-data peribadi adalah terjamin. Jika kami mendedahkan mana-mana data peribadi anda kepada agen-agen atau pembekal perkhidmatan yang telah diberi kuasa oleh kami, kami akan mengkehendaki pihak-pihak tersebut untuk melindungi data peribadi anda dengan sewajarnya.
Penyimpanan Data Peribadi
Data peribadi anda akan disimpan menurut Notis Privasi ini dan menurut terma-terma serta syarat-syarat perjanjian anda dengan DBOS (jikalau ada), untuk sepanjang masa dimana anda mempunyai hubungan urus niaga dengan kami dan/atau untuk sepanjang tempoh yang diperlukan demi melindungi kepentingan kedua-dua pihak merangkumi anda dan DBOS. Menurut undang-undang dan mengikut polisi DBOS, penyimpanan tersebut adalah perlu.
Hak anda untuk mengakses dan membetulkan Data Peribadi anda
Jika anda mempercayai bahawa data peribadi anda yang kami memperolehi adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan merupakan data yang terkini atau anda ingin membuat sebarangan perubahan ke atas data tersebut, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah yang sepatutnya untuk mengemas kini data peribadi anda. DBOS mungkin mengenakan bayaran pemprosesan yang sepatutnya ke atas permintaan anda tersebut.
DBOS akan meminta bukti dokumen daripada pemohon akses apabila kami berpendapat bahawa ia adalah sesuai dan wajar, untuk mengelak sebarang penipuan dan/atau ketidaktepatan maklumat.
Sila ambil perhatian bahawa DBOS mungkin menolak permohonan anda untuk mengakses data peribadi dalam keadaan tertentu, sebagai contoh apabila DBOS tidak dapat mengesahkan identiti anda, atau dimana maklumat yang diminta bersifat sulit secara komersial, atau apabila makumat yang anda berikan kepada kami adalah tidak mencukupi bagi DBOS membuat carian atas data peribadi anda, atau apabila terdapat permintaan yang berulang kali untuk maklumat yang sama, atau apabila DBOS berpendapat bahawa pemberian akses kepada anda akan menyebabkan pelanggaran perintah mahkamah/ undang-undang/ peraturan.
Hubungi Kami
Jika anda perlu menghubungi kami mengenai data peribadi anda, sila hubungi kami melalui cara-cara berikut:
E-mel | : | compliance@dbos.gov.my |
Alamat | : |
Development Bank of Sarawak Berhad
Level 2, Menara SEDC, Lot 2878
The Isthmus Off Jalan Bako
93050 Kuching, Sarawak
Untuk perhatian: Pegawai Pematuhan
|
Atau anda boleh menghubungi pegawai bank yang berurusan dengan anda (jika ada) secara terus.
Semakan kepada Notis Privasi
Notis Privasi ini mungkin disemak dari semasa ke semasa dan jika terdapat sebarang semakan, ia akan dipaparkan di laman web DBOS dan/atau melalui cara komunikasi yang dianggap sesuai oleh DBOS. Sebarang semakan akan mematuhi APDP.
Percanggahan
Notis Privasi ini disediakan dalam versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat percanggahan antara kedua-dua versi tersebut, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunakan. Jika terdapat percanggahan dalam cara kami mengumpul atau menggunakan data peribadi anda antara Notis Privasi ini dan terma-terma/ syarat-syarat produk atau perkhidmatan kami, terma/syarat produk atau perkhidmatan tertentu harus dipakai.